Barisan Rakyat Jati Sarawak
Barisan Rakyat Jati Sarawak

Barisan Rakyat Jati Sarawak

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Barisan Rakyat Jati Sarawak atau Sarawak Native People's Front (BARJASA) merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada Disember 1961 di Sarawak, Malaysia.[1] Parti ini merupakan parti politik alternatif kepada masyarakat Islam, dan mendapat sokongan kuat daripada orang Melayu dan suku kaum Melanau di kawasan pilihan raya Sri Aman dan Sibu. Pada 28 Mac 1968, parti ini bergabung dengan Parti Negara Sarawak (PANAS) untuk membentuk Parti Bumiputera yang kemudian bercantum dengan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada 30 April 1973.[2][3]Semasa penubuhannya, BARJASA dipengerusikan oleh Tuanku Haji Bujang, dengan Alfred Unteng Mason selaku Setiausaha Agungnya. Penyertaan keahlian kebanyakannya daripada golongan muda yang berpelajaran, termasuk Pehin Sri Abdul Taib Bin Mahmud, yang merupakan Setiausaha Agungnya semasa pengabungan dan pembentukan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada 1973.

Barisan Rakyat Jati Sarawak

Diasaskan Disember 1961
Ibu pejabat Kuching, Sarawak
Ketua Tuanku Haji Bujang
Dibubarkan 28 Mac 1968